AHLI JKKK(P) KG. TELUK GELAM



SEJARAH DAN MOTTO

Motto:
WAWASAN MENUJU KEJAYAAN
Sejarah:
KAMPUNG TELUK GELAM,TOK JALAI,JITRA.
Sebuah kampung pendalaman sekitar tahun-tahun 50an dan 60an. Terpisah oleh kedudukan geografi dengan  persekitaran kebun getah persendirian di sebelah barat dan utara manakala tanah sawah bertelok serta kebun getah raja di timur . Di bahagaian selatan ialah sawah padi yang mengunjur sehingga ke Kepala Batas.

Perkampungan jiran terdiri dari Kampung Naga arah ke Barat, Kampung Lubuk Kawah di utara, Kem Tok Jalai di Timur dan Kepala Batas di Selatan. 

Penduduknya dari kalangan pesawah dan penoreh getah. 20 peratus adalah keluarga China yang mendiami pinggir kebun getah bersempadan dengan Kg Lubuk Kawah. Mereka adalah peniaga dan usahawan.Kampung ini dahulunya berteluk dan dipenuhi dengan pokok Gelam.Sesuai dengan kawasan yang berteluk dan dipenuhi dengan pokok Gelam,maka kampung ini dinamakan Kampung Teluk Gelam.

Pekerjaan utama penduduk kampong adalah menoreh pokok-pokok getah dan mengerjakan sawah padi. Pokok-pokok hutan di kampong ini terdiri daripada pokok Gelam, ibus,keriang, muyu, keriang dot, rumbia, stag, remia, setoi, pelam, goncag, rotan, ara, cenderai, letup, letup kelambu, pupog - semua buah-buah eksotik yang telah pupus sebahagiannya. 

Selain pokok asam jawa dan keranji, terdapat pokok setoi, dudog, machang, mertajam, janggus dan putat. Begitu juga buluh betong dan buluh duri. Pendek kata, kampung Telok Gelam lengkap sebagaimana sebuah kampung Melayu tradisional. Selain itu di Timur Kg ini terdapat kawasan tanah yang dikorek membentuk sebuah kolam yang besar menjadi kawasan mandi-manda kanak-kanak dan tempat membasuh kain kaum ibu yang dikenali sebagai Tok Kola.

Untuk sampai ke Kampung Telok Gelam, seseorang perlu bermula dari Pekan Tok Jalai, melalui kem tentera, kebun getah raja dan melintasi batas sawah. Pada zaman dulu, tiada jalan tar. Jalannya denai tanah merah yang berdebu pada musim kering dan berselut pada musim hujan.
Tiada juga bekalan letrik dan air paip. Penduduk menggunakan pelita minyak tanah dan air perigi. Kampung ini menerima kemajuan hasil usaha JKKK yang terdahulu dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional.




Gambar Kampung:

                                     
   Mercu Tanda Kampung


Logo Kampung
Maksud logo
1.Latar belakang yang berwarna warni melambangkan kehidupan kampung yang pelbagai dan tolong menolong antara satu sama lain.
2.Warna merah yang pada perkataaan Teluk Gelam melambangkan sifat penduduk kampung yang kuat berusaha tanpa mengira halangan yang mendatang.
3.Lampu yang menghiasi logo tersebut adalah melambangkan masa depan kampung yang cerah.
4.Bulatan wawasan Menuju kejayaan yang berwarna biru melambangkan penduduk kampung ini mempunyai perancangan yang rapi sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.



Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP